EUR/USD Sasar Tuju Zon Pariti $1.0000 Semula?

191

Sentimen pasaran yang tak menentu ketika bermulanya musim laporan pendapatan korporat telah membuatkan pelabu tambah berjaga-jaga unutuk kekal berada dalam pasaran.

US dolar juga didagangkan mendatar sejak awal minggu dengan sentimen pasaran yang dinilai pulih ekoran terbitan laporan positif oleh Bank of America (BoA) dan Goldman Sachs sedikit mengekang kemaraan pengukuhan US dolar sebelum ini.

Dengan pergerakan terhad US dolar itu, mata wang Euro dilihat sedang mengintai ruang untuk catatkan peningkatan dalam tempoh terdekat ini.

Turut menjadi faktor menyokong Euro, bank pusat Eropah (ECB) dijangka untuk lebih agresif meningkatkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas pada mesyuarat polisi terbaru di minggu hadapan.

Justeru, Euro dinilai mempunyai potensi untuk meningkat lebih tinggi menuju penghujung Oktober sekiranya US dolar kekal didagangkan suram dalam pasaran.

Menilai pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga bergerak lebih mendatar semalam berbanding corak lonjakan yang dipamerkan di awal minggu.

Namun, trend harga kekal dinilai bullish dengan harga masih berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut.

Rintangan pada zon 0.9000 masih belum berjaya ditembusi dan zon tersebut dijangka akan menjadi tumpuan diuji sekiranya kenaikan diteruskan hari ini.

Kenaikan yang melepasi rintangan tersebut seterusnya bakal menuju ke zon pariti 1.0000 selepas kenaikan di awal Oktober lalu gagal menembusinya.

Namun, waspada sekiranya harga mula pantul membuat penurunan di bawah paras sokongan MA50 semula untuk isyarat trend bearish.

Penurunan di bawah zon 0.98000 seterusnya akan ke zon 0.97000 yang menjadi tumpuan pada dagangan minggu lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat