EUR/USD – Selamba Harga Tembus $1.0800, Ke Mana Sasaran Seterusnya?

205

Dengan faktor-faktor semasa yang menyokong, US dolar terus mengekalkan pengukuhannya sehingga dagangan Khamis semalam.

Tambahan, data tuntutan faedah pengangguran Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan semalam menunjukkan jumlah angka yang menurun untuk bacaan minggu lalu.

Bacaan yang semakin merendah itu ditafsirkan sebagai perkembangan positif bagi ekonomi AS selain penurunan pada inflasi dan data pekerjaan yang memberangsangkan.

Jika diteliti pula pergerakan harga carta pasangan mata wang EUR/USD, corak penurunan jelas diteruskan semalam dengan paras tumpuan 1.08000 telah ditembusi.

Harga telah mencecah ke sekitar 1.07600 di sesi New York semalam untuk mencatatkan paras terendah terbaru 7 minggu sebelum perlahan di penghujung sesi.

Pergerakan harga kekal tidak berubah di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD yang menjangkakan trend bearish akan diteruskan.

Penurunan lebih rendah jika diteruskan lagi hari ini dilihat akan menuju sasaran terbaru yang telah beralih ke 1.07000.

Paras tersebut kali terakhir disentuh adalah pada dagangan pertengahan Mac yang lalu.

Walaupun kecenderungan harga yang dilihat akan menyambung lagi corak penurunan, namun pelabur perlu berwaspada dengan risiko di penghujung minggu dengan kebiasaan berlaku aktiviti pengambilan untung (profit-taking) yang boleh mengubah arah harga.

Berlaku lonjakan semula harga di atas paras 1.08000 bakal melihatkan halangan MA50 diuji dan jika ditembusi akan memberi isyarat awal perubahan trend bullish.

Untuk jangkaan bagi kenaikan yang dilanjutkan, harga bakal mencapai semula zon tumpuan 1.09000 yang turut disentuh pada Selasa lalu sebelum sasaran beralih ke paras 1.10000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat