EUR/USD Susut Dari Paras Ketinggian $1.21800

381

US dolar yang bergerak lemah pada pembukaan pasaran awal minggu ini pamerkan peningkatan semula pada sesi New York semalam. Namun, masih dilihat prestasi yang lemah ekoran momentum pada laporan data pekerjaan Amerika Syarikat (AS) yang mengecewakan.

Untuk data tumpuan seterusnya pada minggu ini, pelabur akan memberi perhatian terhadap data inflasi AS untuk bulan April yang akan diterbitkan pada Rabu dan data jualan runcit AS pada Jumaat.

Walaupun mata wang utama lain dalam pasaran kebanyakannya papar aksi cemerlang ekoran situasi penyusutan US dolar, mata wang Euro dilihat gagal memanfaatkan peluang.

Harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD bergerak mendatar pada zon resistance 1.21800-1.21500 pada awal sesi pasara minggu ini bermula selepas susut lebih rendah pada sesi New York.

Menutup dagangan sekitar paras 1.21300, harga menyambung dagangan pada sesi Asia pagi Selasa di sekitarnya dan menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Menuruni lebih rendah di bawah paras MA50 akan memberikan isyarat untuk harga memulakan trend bearish selepas gagal melepasi zon resistance 1.21800.

Penurunan harga dilihat akan disokong pada zon RBS (resistance become support) pada 1.20900-1.20600 sebelum penurunan yang lebih rendah diteruskan akan menuju pula ke paras sokongan 1.2000.

Namun jika US dolar kekal lemah dan mendorong kenaikan lebih tinggi semula harga, zon resistance 1.21800-1.21500 dijangka bakal ditembusi untuk harga mencatatkan paras ketinggian terbaru 11 minggu.

Untuk kenaikan lebih tinggi, paras ketinggian pada 1.22500 dilihat akan menjadi destinasi sasaran terbaru buat harga.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat