EUR/USD Tak Henti Mendaki, Apa Jangkaan Selepas NFP?

703

Sesi New York hari ini (Jumaat) pastinya akan menggegarkan pasaran sebelum tirai dagangan minggu ini berlabuh dengan tumpuan utama terarah kepada laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) untuk bulan Ogos.

Laporan tersebut dijangka merosot selepas petunjuk daripada laporan pekerjaan ADP bagi sektor swasta AS yang diterbitkan pada Rabu menunjukkan bacaan yang lemah. Namun tidak mustahil untuk laporan NFP mencatatkan bacaan yang baik.

Ekoran jangkaan negatif tersebut telah mendorong US dolar terus bergerak lemah sehingga Khamis semalam di samping tekanan oleh kenyataan dovish Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell sebelum ini berkenaan polisi bank pusat.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam, trend bullish harga dilihat berjaya dikekalkan sehingga ke penghujung sesi New York dengan penyusutan US dolar yang berterusan.

Masih meniti di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk isyarat bullish tersebut mendorong kenaikan harga menuju ke zon rintangan 1.19000 bersambung pada dagangan sesi Asia pagi ini.

Zon tersebut bakal diuji harga sebelum petunjuk arah yang lebih jelas akan diketahui selepas laporan pekerjaan NFP diterbitkan.

Kenaikan lebih tinggi yang berjaya diteruskan bakal mensasarkan ke paras ketinggian terbaru sekitar 1.20000 untuk harga mencatatkan paras tertinggi terbaru 3 bulan.

Namun jika zon rintangan 1.19000 gagal ditembusi dan penurunan harga mula bergerak di bawah paras sokongan MA50 semula, pelabur akan melihat sebagai isyarat awal perubahan trend bearish.

Penurunan harga akan disokong oleh paras 1.18000 pada zon RBS (resistance become support) sebelum penurunan yang diteruskan lebih rendah dijangka menuju semula ke paras sekitar 1.17000.

Impak laporan NFP boleh memberi kesan drastik pergerakan harga di penghujung minggu, justeru pelabur akan lebih berwaspada mengawal risiko dagangan.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat