EUR/USD Tampilkan Corak Penurunan Yang Lemah Pada Dagangan Awal Minggu

456

Pergerakan pasaran yang perlahan pada sesi Asia kemudiannya telah mempamerkan pergerakan harga lebih aktif pada awal sesi pasaran Eropah bermula.

Matawang US dolar dilihat kembali menyambung pengukuhan pada dagangan minggu lalu dengan matawang Eropah diniagakan lemah.

Pergerakan US dolar pada minggu ini akan dipacu oleh faktor pengumuman pembukaan semula ekonomi Amerika Syarikat yang merangkumi 3 fasa oleh Presiden Donald Trump. Dengan kadar kes jangkitan virus dan kematian yang masih tinggi di Amerika buatkan pelabur dalam keadaan berwaspada.

Sementara, Euro terus catat penurunan pada pembukaan sesi Eropah dengan data indeks harga pengeluar Jerman untuk bulan Mac diterbitkan lemah dan lebih rendah berbanding jangkaan penurunan oleh pasaran.

Euro bakal berdepan risiko penurunan lebih lanjut pada Khamis dengan data PMI pembuatan dan perkhidmatan yang kesemuanya diramalkan menurun termasuk di Perancis dan juga Jerman.

Pada dagangan bagi carta pasangan matawang EUR/USD, harga mula tampilkan kecenderungan untuk meneruskan penurunan namun momentum masih dilihat lemah pada awal sesi Eropah.

Dengan pengukuhan US dolar menjelang sesi New York malam nanti, harga dijangka akan turun menuju zon support sekitar 1.0815 yang diuji pada penghujung dagangan minggu lalu.

Penurunan lebih rendah dilihat akan menuju pula paras support bulanan pada 1.0770 di mana harga gagal tembusi paras tersebut selepas beberapa kali diuji.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan dan melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta EUR/USD, kenaikan dilihat akan kembali menuju zon SBR (support become resistance) di paras 1.0920.

Kenaikan lebih tinggi akan menguji pula paras ketinggian yang dicapai minggu lalu sekitar 1.0990.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat