EUR/USD Terkandas Selepas ‘Test’ Zon $1.1000

325

Corak kenaikan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD sepertinya dilihat bakal diteruskan pada sesi Asia semalam, namun harga menunjukkan pergerakan ke arah berlawanan di sesi berikutnya.

Pada mulanya harga berlegar di atas paras 1.10000 setelah kenaikan yang diteruskan mencapai ke zon rintangan tersebut, namun harga gagal bertahan lama.

Pengunduran harga semula berlaku ketika menyambung dagangan di sesi Eropah dan New York.

Faktor yang dilihat menghadkan kenaikan harga adalah data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan semalam dengan catatan angka yang meningkat.

Ini telah menyokong sedikit pemulihan US dolar yang alami penyusutan berterusan sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Namun corak harga yang dipaparkan pada carta EUR/USD masih dilihat berada dalam trend bullish dengan penurunan harga juga masih disokong oleh garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.

Pergerakan harga di sesi Asia pagi ini (Khamis) perlahan di sekitar 1.09800 dengan jangkaan kenaikan harga jika berlaku akan terus menguji zon rintangan 1.10000.

Sekiranya harga tembus rintangan tersebut, trend bullish akan diteruskan dengan harga bakal catatkan paras ketinggian terbaru lagi untuk penutup dagangan November ini.

Sasaran adalah untuk menuju sekitar 1.10700 atau mencapai ketinggian sehingga paras 1.11000.

Namun, jika harga gagal atas rintangan 1.10000 dan mula bergerak di bawah paras halangan MA50, pelabur mungkin perlu bersedia untuk perubahan harga pula.

Penurunan boleh berlaku selepas terdapat isyarat bearish dengan jangkaan harga boleh mencecah semula sehingga 1.10900 atau lebih rendah pada sekitar 1.108000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat