EUR/USD Terus Jatuh Tergelincir 2 Minggu Berturut-Turut

336

Matawang USD tampaknya kembali menterjemahkan kebangkitan setelah diterajui oleh kebimbangan pasaran terhadap penularan wabak Covid-19 yang menular semula secara meluas di beberapa negara.

Penerbitan data-data penting yang berkaitan USD termasuk minit mesyuarat FOMC pada Khamis bakal dijadikan sebagai rujukan Federal Reserve (Fed) menetapkan kenaikan kadar faedah dengan segera.

Dalam pada itu, cadangan daripada segelintir ahli Fed yang menyatakan pendapat untuk mempercepat langkah tapering turut akan menjadi faktor dalam terus menyokong pengukuhan dolar greenback.

Nampaknya harga pada carta pasangan matawang EUR/USD tidak berupaya mengekalkan pendakian setelah harga kembali jatuh tersungkur melebihi 100 pips ketika menutup dagangan pada minggu lalu.

Kejatuhan harga itu sama sekali telah melenyapkan rekod terendah pada sebelum ini untuk sekali lagi mencipta paras terendah sejak Julai 2020 yang terbaharu sekitar 1.12520 dan membuat LL (lower low).

Tetapi harga dilihat mempamer kenaikan di sesi New York (Jumaat) untuk menguji zon SBR (support become resistance) 1.13000 sebelum menjunam sehingga bersambung ke awal sesi Asia hari ini (Isnin).

Trend penurunan yang diteruskan semula secara tidak langsung telah mengalihkan tumpuan pelabur untuk pergerakan harga mampu mencecah ke zon sokongan yang terbaharu di paras sekitar 1.12000.

Yakni zon tumpuan tersebut juga pernah menjadi rintangan pada Julai 2020 sebelum berubah kepada zon RBS (resistance become support) dalam menyokong lonjakan harga capai paras tertinggi 3 tahun.

Sebaliknya jika pergerakan harga kembali memberi isyarat untuk membuat perubahan trend kepada trend bullish, zon SBR 1.13000 tampaknya akan kekal menjadi zon terdekat yang bakal diuji semula.

Kemampuan lonjakan yang lebih garang akan memperlihatkan harga menuju ke zon SBR berikutnya pada 1.14000 dan sekali gus bakal mengeluarkan jangkaan untuk harga terus mendaki lebih tinggi lagi.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat