EUR/USD Terus Meluncur Ke Paras Lebih Rendah Sepanjang Bulan Ini

367

Bulan yang terbaik untuk matawang USD apabila raja matawang itu terus bergaya mempamer pengukuhan ketara setelah diterajui oleh data jualan runcit Amerika Syarikat (AS) yang memberangsangkan.

Lonjakan kadar inflasi yang tinggi masih kekal menjadi faktor sokongan kepada pengukuhan USD dan kini ia turut mendapat sokongan tambahan dari kenaikan semula hasil perbendaharaan 10 tahun AS.

Dalam pada itu, matawang Euro terus terpalit kepada kenyataan dovish oleh bank pusat Eropah (ECB) yang menetapkan kepada kadar polisi tidak berubah yang dianggap punca kepada kelemahan Euro.

Meneliti kepada carta harga pasangan matawang EUR/USD, harga meneruskan terjunan menghampiri 400 pips untuk kekal bearish daripada paras tertinggi 1.17000 yang dicapai pada penghujung Oktober.

Trend penurunan turut dilihat sudah menguji zon sokongan 1.13000 dan secara tidak langsung sekali lagi telah mencatatkan rekod terbaharu untuk mencapai paras terendah 2021 pada sekitar 1.13100.

Menguatkan jangkaan pelabur apabila melihat pergerakan harga masih didagangkan di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk isyarat kepada trend bearish.

Penganalisis berpendapat bahawa jikalau penurunan harga masih bertahan, zon sokongan terbaharu pada 1.12000 kebarangkalian akan diuji dan bakal dikaji bagi menilai arah pergerakan yang seterusnya.

Memperlihatkan juga yang mana zon sokongan itu turut menjadi rintangan pada ketika lalu sebelum berjaya diatasi untuk menjadi zon RBS (resistance become support) dalam menyokong lonjakan harga.

Sebaliknya jika pergerakan harga kembali memberi isyarat untuk membuat perubahan trend kepada trend bullish, zon SBR (support become resistance) 1.14000 berkemungkinan akan dicapai semula.

Manakala peningkatan yang lebih garang pula akan kekal diperhatikan pada zon SBR yang selanjutnya pada 1.15000 dan terus melepasi paras rintangan MA50 untuk bayangan kenaikan yang jelas lagi.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat