EUR/USD Terus Menokok, Manfaat Peluang Di Kala Ketidaktentuan USD

333

Hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) 10 tahun yang berjaya mencatat paras ketinggian terbaharu 20 minggu sama sekali tidak dapat memacu matawang USD untuk kembali mengukuh.

Hal ini kerana, ia masih dikekang oleh laporan yang menyatakan bahawa Federal Reserve (Fed) berkemungkinan akan menangguhkan pelaksanaan pengetatan dasar polisi sehingga 2023.

Di samping itu, penerbitan data inflasi Eropah yang diterbitkan kekal telah memberi peluang kepada matawang Euro untuk terus memaparkan pengukuhan di kala kelemahan yang dicatatkan oleh USD.

Menilai kepada carta harga pasangan matawang EUR/USD, harga dilihat membuat sedikit penurunan pada sesi Eropah semalam (Rabu) sebelum harga kembali rancak pada pembukaan sesi New York.

Pergerakan harga juga tampaknya hanya ‘rebounce’ daripada trendline support dan reaksi lonjakan itu serba sedikit memberi keyakinan yang tinggi kepada pelabur untuk harga kekal dengan corak uptrend.

Memasuki ke sesi Asia hari ini (Khamis), harga telah pun menyambung semula kenaikan dengan kembali menguji paras ketinggian 2 minggu pada sebelum ini yang dicapai pada dagangan Selasa sekitar 1.16675.

Peningkatan yang lebih gah bakal memperlihatkan harga menguji zon SBR (support become resistance) 1.17000 jika pergerakan harga pada carta EUR/USD terus cemerlang untuk mencatatkan trend bullish.

Manakala sekiranya zon SBR tersebut berjaya ditembusi, kebarangkalian yang tinggi akan melihat harga mungkin akan mencapai zon rintangan yang masih lagi kekal menjadi tumpuan pelabur pada 1.18000.

Sebaliknya jika harga kembali membuat penyusutan, zon RBS (resistance become support) 1.16000 dijangka bakal kembali diuji dan mungkin akan memberi isyarat awal untuk membuat perubahan trend.

Kemungkinan yang unggul akan melihat pergerakan harga mencecah semula paras terendah 2021 pada 1.15300 yang juga merupakan zon sokongan yang telah menyokong lonjakan harga pada sebelum ini.

Lihat gambar carta harga pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat