EUR/USD Teruskan Penurunan Ke Paras Terendah Sejak Mei 2017

410

Risiko Coronavirus yang kembali meningkatkan risiko pasaran bakal memberi impak positif terhadap matawang US dolar.

Namun pergerakan matawang Amerika Syarikat itu mendatar disebabkan kewaspadaan pelabur menantikan data inflasi Amerika Syarikat untuk bulan Januari.

Meneliti ucapan Pengerusi Federal Reserve Jerome Powell, beliau kekal optimis dengan pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat dengan data-data semasa yang diterbitkan kukuh. Namun begitu, beliau tetap berwaspada terhadap impak penularan wabak Coronavirus.

Sementara dagangan dolar Euro pula kekal lemah ditekankan pula oleh data pengeluaran perindustrian di Eropah yang mencatatkan penguncupan terbesar sejak Februari 2016.

Justeru itu, dapat dilihat pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD masih kekal meneruskan penurunan sepanjang minggu ini.

Penurunan terendah harga semalam mencatatkan paras terendah terbaru sejak dagangan Mei 2017 yang lalu mencecah paras sekitar 0.68620.

Harga dilihat cuba membuat kenaikan menguji halangan dinamik Moving Average 50 (MA50) semalam namun harga gagal tembusi halangan tersebut sebelum kembali meneruskan penurunan memberi isyarat trend kekal bearish pada carta EUR/USD.

Pergerakan harga pada hari ini mendatar sepanjang sesi pasaran Asia dan dilihat peningkatan yang lemah pada awal sesi pasaran Eropah.

Kenaikan harga akan menguji paras 1.08800 iaitu paras support pada dagangan Oktober tahun lalu dan akan membentuk zon SBR (support become resistance) terbaru.

Kenaikan harga berkemungkinan menguji halangan dinamik MA50 sebelum meneruskan semula penurunan. Namun jika kenaikan harga diteruskan, harga akan menuju zon SBR pada 1.09500.

Sekiranya corak penurunan harga dikekalkan, harga bakal meneruskan penurunan menuju paras 1.08300 yang merupakan zon support bagi dagangan Mei dan April 2017 lalu.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat