EUR/USD Uji Paras Rintangan 1.19000, Boleh Tembus Ke?

500

US dolar terus didagangkan lemah menuju penghujung minggu ditambah lagi dengan data jualan runcit AS untuk bulan Oktober yang diterbitkan lemah pada sesi New York semalam.

Sementara menantikan perkembangan lanjut ujian vaksin setelah dilaporkan positif peratusan keberkesanan, kes jangkitan virus terus meningkat membantutkan keyakinan para pelabur.

Prestasi lemah US dolar dalam pasaran telah memberi ruang untuk mata wang utama yang lain untuk sedikit meningkat walaupun dalam sentimen pasaran yang tidak menentu.

Seperti yang dipaparkan pada carta harga EUR/USD smealam, harga kekal meneruskan corak kenaikan sebelum ini menuju zon resistance 1.19000.

Namun, setelah hampir menyentuh paras ketinggian 1.19000 tersebut, harga kembali membuat penurunan semula sehingga bersambung ke sesi Asia pagi ini.

Dagangan sesi Asia melihatkan harga menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga yang akan memberi isyarat arah yang selanjutnya.

Penurunan yang diteruskan akan memberi isyarat perubahan trend bearish pada carta EUR/USD hari ini dengan jangkaan penurunan harga akan menuju zon tumpuan 1.18000.

Namun jika harga kekal meneruskan kenaikan, paras rintangan 1.19000 akan terus diuji dan berkemungkinan bakal ditembusi.

Seterusnya, harga akan mencatatkan paras ketinggian terbaru menuju paras rintangan sekitar 1.20000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat