EUR/USD Uji Sekali Lagi Zon $1.1900, Namun Masih Gagal Menerobos

356

US dolar dilihat akan terus bergerak lemah selepas data PMI pembuatan Amerika Syarikat (AS) tinjauan ISM yang diterbitkan pada sesi New York semalam kurang memberangsangkan dengan memaparkan angka yang menurun bagi bulan kedua berturut-turut.

Petunjuk terhadap pertumbuhan perlahan ekonomi AS menambahkan tekanan buat US dolar sementara pelabur menantikan laporan data pekerjaan NFP AS di penghujung minggu.

Selain itu juga, hasil perbendaharaan 10 tahun AS juga merosot di bawah paras 1.20% yang dilihat akan turut mendorong pergerakan lemah US dolar pada minggu ini.

Pergerakan harga pada carta utama masih perlahan di awal minggu, namun beberapa mata wang utama telah pun mengambil kesempatan untuk meneruskan pengukuhan awal.

Pada carta utama pasangan mata wang EUR/USD, dapat dilihat kenaikan harga berlaku semalam namun gagal untuk mengatasi ketinggian pada Jumaat lalu setelah harga merekodkan paras tertinggi 1 bulan di atas paras 1.19000.

Bagi mata wang Euro, data ekonomi yang diterbitkan pada sesi Eropah dilihat tidak begitu memberi impak terhadap pergerakan harga dengan tiada perubahan ketara pada perbezaan angka bacaan.

Gagal untuk menyentuh paras rintangan 1.19000 semalam menyaksikan harga susut semula dan bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Reaksi harga pada zon tersebut akan diberi perhatian oleh pelabur yang boleh menjadi isyarat penting bagi pergerakan harga selanjutnya.

Sekiranya harga berjaya tembus zon rintangan tersebut, kenaikan lebih tinggi akan dijangkakan untuk harga menuju ke paras sekitar 1.19700 sebelum menguji paras tumpuan 1.20000.

Sebaliknya jika US dolar berjaya mengukuh dan menekan semula harga jatuh lebih rendah, paras 1.18000 dilihat akan menjadi tumpuan awal bagi penurunan harga.

Penurunan yang diteruskan bakal menguji pula zon support beberapa minggu sebelum ini sekitar 1.17500 sebelum menuju ke paras support utama pada 1.17000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat