Euro Makin Gagah, USD Terus Menderita!

359

Awal sesi Eropah menyaksikan US dolar terus didagangkan suram di paras terendah hampir lapan minggu berbanding sekumpulan matawang utama.

Optimisme pasaran mengenai pemulihan ekonomi global yang lebih cepat dari dijangkakan telah menyokong sentimen pasaran, dengan niaga hadapan S&P 500 meningkat tinggi dan US dolar pula jatuh walaupun terdapat peningkatan dalam hasil bon AS 10 tahun.

Matawang euro mendahului dengan kenaikan lebih tinggi di tengah-tengah sentimen yang positif dan kes coronavirus yang semakin berkurang di Eropah.

Namun begitu, bacaan data sentimen perniagaan Jerman malangnya tersasar dari jangkaan dengan kenaikan hanya 96.8 berbanding 97.8.

Ini menyebabkan dagangan matawang euro sedikit goyah untuk mempertahankan kedudukannya di atas 1.2100 berbanding US dolar.

Sementara itu, pound terus bertahan di atas 1.39000, disokong oleh keyakinan pasaran terhadap jangkaan pemulihan ekonomi UK yang lebih cepat dari dijangkakan berikutan program vaksinasinya yang meluas.

Di sisi lain, matawang komoditi turut memaparkan kenaikan, dengan sebahagiannya disebabkan oleh kenaikan harga tembaga disokong oleh jangkaan permintaan global yang lebih kuat.

Ketika pasaran terus positif dengan prospek pemulihan ekonomi global yang semakin meningkat, namun, pada yang sama pasaran turut berdepan tekanan daripada lonjakan kes Covid-19 di India yang terus mencatatkan rekod baru dalam kes harian.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat