Euro Makin Kuat, USD Tidak Lagi Dipandang

530

Kenaikan sederhana matawang US dolar pada awal minggu semakin pudar ketika hasil bon perbendaharaan AS 10 tahun susut lebih rendah di bawah 1.6%.

Pada sesi sebelum ini, pasaran telah menyaksikan beberapa pembuat dasar berbicara mengenai inflasi semasa di mana kenyataan Gabenor Lael Brainard menjadi tumpuan utama.

Beliau mengatakan bahawa ekonomi AS berada di tengah-tengah pemulihan ekonomi yang belum pernah terjadi sebelumnya dan beberapa halangan pada rantaian bekalan akan menyumbang kepada inflasi.

Tambahan daripada itu, beliau memberitahu bahawa Federal Reserve (Fed) memiliki alat untuk menangani inflasi, jika ia bergerak berterusan di atas pasaran. Ini menunjukkan bahawa pelabur tidak perlu bimbang dengan kenaikan inflasi semasa.

Sementara itu, Presiden Fed St Louis, James Bullard pula menyatakan bahawa beliau menjangkakan akan melihat lebih banyak kenaikan inflasi, namun, peningkatan ini hanyalah bersifat sementara.

Bullard juga mengatakan akan tiba masanya untuk Fed berbicara mengenai perubahan dasar monetari, tetapi beliau tidak fikir bahawa bank pusat perlu melakukannya ketika negara masih tidak dapat keluar dari krisis Covid-19.

Ini menyebabkan kebanyakan pelabur percaya bahawa Fed akan mengambil lebih masa untuk mula membincangkan mengenai perubahan dalam dasar monetarinya yang sangat longgar.

Dalam pada itu, matawang euro kembali meningkat susulan kemerosotan yang dicatatkan US dolar, dengan didagangkan lebih kukuh di atas harga 1.22000 pada sesi Asia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat