Euro Melonjak Menolak Dolar Jatuh, Emas Naik Ke Paras Tertinggi Semalam

57

Harga emas stabil dan menghampiri semula paras tertinggi setahun lalu, menutup kerugian selepas dolar mengukuh di sesi New York semalam, di samping tumpuan beralih kepada mesyuarat ECB malam ini bagi mencari petunjuk baru tempoh yang bakal diambil untuk keluar daripada kelonggaran polisi sedia ada.

Laporan penetapan kadar faedah bank pusat eropah (ECB) akan diumumkan pada jam 7.45 malam ini, dengan jangkaan tiada perubahan pada kadar, dan fokus lebih tertumpu kepada sidang media Presiden Mario Draghi 45 minit selepas pengumuman tersebut dengan para pelabur akan meneliti tanda-tanda bagaimana ECB akan mula mengurangkan pelonggaran program kuantitatif mereka (QE).

 

Pada Julai yang lalu, pengubal polisi bank pusat Eropah telah mengutarakan kebimbangan terhadap peningkatan euro, dan mungkin akan mengulangi amaran tersebut hari ini. Sebahagian pakar ekonomi menjangkakan bank pusat akan menangguhkan sehingga bulan Oktober depan sebelum mengumumkan pengecilan (tapering) pembelian bon bulanan bernilai €60 billion.

Pasaran hadapan emas di Comex didagangkan pada $1,344.84 setakat jam 6.20 petang, meningkat $5.83 atau 0.44%. Harga kekal di paras tertinggi yang dicapai semalam pada $1,349.70, bersamaan paras pada 9 September tahun yang lalu

Logam berharga kuning jatuh selepas naik tiga hari berturut-turut pada hari Rabu di sesi New York berikutan pasaran tidak menjangkakan penangguhan terhadap kenaikan had hutang Amerika sehingga Disember dengan persetujuan antara Presiden US, Donal Trump dan ketua-ketua kongres yang lain.

Persetujuan kongres yang termasuk pembiayaan bantuan untuk bencana taufan Harvey, dapat mengelakkan pada kegagalan membayar hutang (default debt) kerajaan. Perkembangan yang positif ini juga dilihat dapat mengurangkan kebimbangan terhadap risiko penutupan kerajaan dalam jangka masa terdekat.

Walaupun perhatian terhadap perkembangan risiko di semenanjung Korea berkurangan namun dengan tumpuan beralih kepada ECB telah menekan semula dolar ke paras terendah seminggu lalu dan meningkatkan semula permintaan terhadap aset-aset safe haven termasuk emas.

Matawang euro menguat berbanding dolar dengan EUR/USD meningkat 61 pips atau 0.51% kepada 1.1980.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat