Euro Mencanak Naik, Apa Dah Jadi Dengan USD?

614

US dolar gagal mempertahankan pengukuhannya berbanding matawang utama lain berikutan harapan yang semakin pudar terhadap sama ada pakej rangsangan tambahan AS akan dapat dicapai.

Penurunan dalam hasil Perbendaharaan telah mendorong kemerosotan dolar greenback, namun penganalisis berpendapat bahawa ini mungkin hanya sementara kerana penggubal undang-undang AS bersetuju untuk mengadakan rundingan semula.

Namun begitu, Presiden Donald Trump dalam satu taklimat beliau pada Rabu telah mendakwa bahawa Demokrat AS sengaja tidak mahu berunding kerana beliau menolak untuk menerima permintaan ‘mengarut’ yang tidak mempunyai kaitan dengan pandemik.

Komen Trump hadir setelah pegawai tertinggi Demokrat dan Republikan saling menyalahkan ke atas kegagalan rundingan sebelum ini.

Dolar greenback didagangkan menyusut 0.2% berbanding sekumpulan matawang utama pada 93.25.

Malangnya, bacaan memberangsangkan dalam bacaan data inflasi AS gagal merangsang kenaikan bagi raja matawang itu. Indeks Harga Pengguna (CPI) bagi bulan Julai kekal pada 0.6%, tidak berubah daripada bacaan yang direkodkan bulan sebelumnya, manakala secara tahunan CPI meningkat daripada 0.6% kepada 1.0%.

Sementara itu, euro terus mengukuhkan kenaikannya sehingga ke sesi pasaran Asia hari ini dengan didagangkan di atas paras harga 1.1800 berbanding US dolar setelah jatuh 0.4% pada hari sebelumnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat