Euro Pacak Lebih Tinggi Menjelang Mesyuarat ECB, Adakah Sentimen Pasaran Sudah Berubah?

247

Pasaran Euro mengukuh ke paras tertinggi satu minggu pada hari Isnin menunjukkan prestasi yang memberangsangkan rentetan daripada penyusutan US dolar selepas beberapa pegawai Rizab Persekutuan memberi isyarat bahawa mereka kurang bersetuju untuk menaikkan kadar kenaikan kadar faedah.

Komentar tersebut diutarakan pada akhir minggu lalu sehingga mendorong kepada penjualan US dolar secara besar-besaran dan akhir jatuh daripada paras tertinggi dua dekad. Selain itu ia juga mendorong kenaikan saham global dan mata wang bukan US dolar, terutamanya euro. Turut membantu sentimen ialah isyarat sokongan rangsangan dari China.

Indeks US dolar yang mengukur mata wang US dolar berbanding enam mata wang utama didagangkan susut 0.6% ke paras dagangan 107.282. Mata wang euro pula mengukuh 0.53% kepada paras dagangan 1.0140 berbanding US dolar.

Menurut Derek Halpenny, ketua penyelidikan di MUFG, ‘ pasaran ekuiti masih dalam wilayah yang positif, selera risiko kembali meningkat selepas komen daripada gabenor Fed (Christopher) Waller bahawa kenaikan 100 mata memiliki risiko yang tinggi”.

Waller dan Gabenor Fed St Louis James Bullard berkata mereka lebih suka kenaikan kadar faedah 75 mata asas pada mesyuarat Fed pada 26-27 Julai, berbanding langkah 100 mata asas yang dibuat oleh sesetengah pihak berikutan bacaan inflasi yang diramalkan di atas.

Bank Pusat Eropah dijangka menaikkan kadar sebanyak 25 mata asas pada hari Khamis dan pelabur menunggu untuk melihat sama ada ia menggariskan rancangan untuk menangani peningkatan hasil bon di negara blok eropah bahagian selatan terutamanya Itali.

Pada hari yang sama, Rusia akan menyambung semula bekalan gas melalui saluran paip Nord Stream selepas penutupan penyelenggaraan selama 10 hari dan kegagalan untuk berbuat demikian akan menakutkan pasaran.

Di Itali, pelabur sedang memerhati untuk melihat nasib Perdana Menteri Mario Draghi yang akan berucap di parlimen minggu ini selepas peletakan jawatannya ditolak oleh presiden negara tersebut.

Sementara itu, bank pusat lain meningkatkan kadar kenaikan kadar, dengan Kanada membuat kenaikan 100 mata asas minggu lepas. Lonjakan inflasi tinggi tiga dekad New Zealand pada hari Isnin mencetuskan spekulasi mengenai kenaikan 75 mata asas yang lebih besar.

Ini telah mendorong mata wang kiwi ke paras tertinggi 10 hari berbanding dolar AS $0.62, naik 0.4%. Dolar Australia mencecah paras tertinggi seminggu, meningkat 0.7%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat