Euro Pacak Lebih Tinggi, Namun Pasaran Mula Mengambil Sikap Berhati-hati! Ini Sebabnya

240

Mata wang Euro melonjak ke paras tertinggi lebih tiga minggu berbanding US dolar pada hari Isnin, apabila pegawai Bank Pusat Eropah cenderung untuk pengetatan monetari yang lebih agresif dan US dolar menyusut berbanding kebanyakan mata wang utama kecuali yen Jepun.

Mata wang Euro telah mengukuh sekitar 1.5% kepada $1.0198, tertinggi sejak 17 Ogos, dan melonjak daripada paras terendah 20 tahun $0.9862 minggu lepas. Semasa penulisan, Euro telah mengukuh 0.89% kepada paras dagangan 1.0129.

Menurut ane Foley, ketua FX strategi di Rabobank, keadaan pasaran dilihat sedikit mula tenang dengan komen ECB yang hawkish memberi persepsi yang berlebihan. Presiden Bundesbank Joachim Nagel memberitahu pada hujung minggu bahawa jika jangkaan harga penguna tidak berubah maka langkah agresif ini akan diteruskan.

Di samping itu, penggubal dasar ECB melihat risiko yang semakin meningkat dan mereka perlu menaikkan kadar faedah utama mereka kepada 2% atau lebih untuk mengekang inflasi di zon Eropah.

Foley menyatakan peluang data inflasi A.S. yang lebih rendah nanti dan ini telah mendorong peningkatan saham dan pasaran berisiko.

Kekuatan euro juga dilihat kukuh berbanding pound sterling dan ia melonjak setinggi 87.22 pence pada hari Isnin, tertinggi sejak Februari 2021. Indeks US dolar yang mengukur mata wang US dolar berbanding enam mata wang utama didagangkan susut 0.76% kepada paras dagangan 107.915.

Pelabur mengambil sikap berhati-hati menjelang laporan CPI A.S. dimana ia dijadikan penanda aras buat Rizab Persekutuan A.S. menentukan kadar faedah. Pegawai the Fed meneruskan retorik hawkish mereka pada hari Jumaat menjelang mesyuarat the Fed.

Gabenor Fed Christopher Waller berkata beliau menyokong peningkata ketara pada mesyuarat akan datang, manakala Presiden Fed St. Louis James Bullard mengulangi gesaannya untuk kenaikan 75 mata asas.

US dolar stabil berbanding yen Jepun yang sensitif pada kadar faedah, pada 142.66 yen, sedikit susut daripada paras tertinggi 24 tahun pada 144.99 yang dicapai minggu lepas.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat