Euro Papar Kejatuhan Di Sesi Eropah – Kenapa Tu?

448

Malangnya, perdebatan antara Presiden AS Donald Trump dan pesaing utamanya, Joe Biden tidaklah seperti yang dijangkakan oleh pelabur bahawa ia akan membawa impak besar kepada pasaran.

Bagaimanapun, dolar greenback tetap meraih peningkatan semula berbanding kebanyakan matawang utama lain dengan didagangkan di sekitar harga 94.00 pada sesi Eropah.

Peningkatan ini telah didorong oleh kemerosotan dalam pasaran saham berikutan kebimbangan yang berterusan terhadap hasil keputusan pilihan raya pada November nanti, setelah tinjauan pendapat menunjukkan kemenangan lebih berpihak kepada Joe Biden.

Ini kerana menurut penganalisis, kemenangan Trump dilihat lebih baik untuk pasaran saham secara keseluruhan berbanding Biden.

Sementara itu, matawang pound sterling didagangkan di bawah tekanan ketika rundingan perdagangan Brexit memasuki hari kedua. Sebarang perkembangan mengenai rundingan ini adalah penting untuk pergerakan pound hari ini.

Euro pula didagangkan menyusut berikutan kenaikan semula matawang USD dan kenyataan Presiden Bank Pusat Eropah (ECB), Christine Lagarde yang menyatakan bank pusat perlu mengkaji strategi yang membolehkan inflasi meningkat melebihi sasaran semasa.

Ketika ECB bergelut untuk mencapai sasarannya, kemelesetan yang disebabkan Covid-19 telah membawa cabaran besar pada bank pusat. Indeks harga pengguna (CPI) ekonomi terbesar Eropah, Jerman melaporkan kejatuhan ketara dalam tempoh lebih 5 tahun.

Lagarde mengakui bahawa nilai matawang euro akan menurun pada beberapa bulan akan datang, tetapi ia akan meningkat semula pada awal tahun 2021. Ini mungkin tidak cukup buat segelintir pembuat dasar yang mula bersedia untuk lebih banyak rangsangan monetari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat