Euro Tiba-Tiba Kembali Bangkit Selepas Hampir Tersungkur, Apa Yang Terjadi Pada Euro!

734

Matawang Euro didagangkan lebih tinggi pada hari Selasa, bangkit daripada penyusutan sebelum ini yang hampir membawa kepada pariti dengan US dolar. Walaupun dengan pengukuhan sedikit ini, matawang Euro kekal di paras terendah berikutan potensi gangguan bekalan tenaga dan ketidakpastian terhadap kenaikan kadar ECB.

Matawang Euro jatuh keparas $1.0005 berbanding US dolar sebelum mengukuh sebanyak 0.15%, kepada paras dagangan $1.00540 berbanding US dolar.

Neil Jones, ketua di bahagian matawang berpandangan bahawa pemain pasaran melepaskan Euro untuk waktu yang singkat kerana menjangkakan Euro akan menembus di bawah dagangan pariti. Pedagang mula membeli semula matawang Euro apabila memasuki pasaran New York.

Saluran paip terbesar yang membawa gas Rusia ke Jerman, Nord Stream 1, memulakan penyelenggaraan tahunan pada hari Isnin, dengan aliran dijangka berhenti selama 10 hari. Tetapi kerajaan dan pasaran bimbang Rusia mungkin melanjutkan penutupan, memburukkan lagi masalah tenaga di Zon Eropah dan akhirnya akan mendorong ekonomi ke arah kemelesetan.

Menambah lagi tekanan ialah laporan daripada institut penyelidikan ekonomi ZEW, mengukuhkan kelemahan ekonomi dimana sentimen pelabur Jerman merosot pada Julai kepada -53.8 mata daripada -28.0 pada bulan Jun.

Buat masa ini, pasaran sedang menantikan bacaan data CPI Amerika Syarikat dan data yang lebih jelas untuk pasaran tenaga Eropah. Kelemahan euro paling ketara berbanding dolar. Indeks US dolar yang mengukur matawang US dolar berbanding enam matawang utama didagangkan sedikit susut sebanyak 0.03% kepada paras 107.790.

Penganalisis juga menyebut ketidakpastian yang semakin meningkat berhubung rancangan Bank Pusat Eropah untuk menaikkan kadar faedah, pada mulanya sebanyak 25 mata asas pada bulan Julai, kemudian sebanyak 50 mata asas pada bulan September.

Kelemahan euro telah menjadi sebahagian besar daripada dorongan indeks dolar yang lebih tinggi, tetapi US dolar turut disokong oleh kebimbangan mengenai pertumbuhan di tempat lain, dengan China khususnya melaksanakan dasar sifar COVID yang ketat untuk membendung penularan wabak baharu.

Ekonomi global yang terbantut menjejaskan mata wang yang memfokuskan kepada komoditi. Kanada dijangka menaikkan kadar faedah masing-masing sebanyak 75 mata asas pada hari Rabu tetapi dolar Kanada susut 0.2% berbanding US dolar.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat