Euro Tunggu Jap, Giliran Pound Pula Nak Meroket

656

Para pelabur pada pembukaan sesi Eropah diperlihatkan dengan dagangan dolar Amerika yang terus lemah di sekitar paras terendah 2 setengah tahun berbanding kebanyakkan matawang utama.

Pelabur mengabaikan laporan mengenai Pemimpin Majoriti Senat AS, Mitch McConnell yang menyekat undian untuk meningkatkan pembayaran bantuan Covid-19 dari $600 kepada $2,000.

Malah, pelabur menyambut baik pengumuman Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Mnuchin mengumumkan bahawa bantuan pembayaran $600 akan mula diagihkan kepada berjuta-juta rakyat Amerika secepat pada malam Selasa (waktu AS).

Hal ini telah mendorong kelemahan buat dolar greenback dan memberi ruang untuk matawang utama meningkat lebih tinggi dengan merekodkan paras ketinggian terbaru pada sesi Asia.

Euro melonjak ke paras ketinggian terbaru sejak April 2018 pada 1.22960 berbanding US dolar, sebelum sedikit susut dengan didagangkan di sekitar paras harga 1.226000 pada awal sesi Eropah.

Sementara matawang pound pula didagangkan meningkat pada awal sesi Eropah selepas vaksin AstraZeneca dilaporkan telah menerima kelulusan Agensi Pengawalseliaan produk Ubat-ubatan dan Kesihatan UK (MHRA) sebagai bekalan kecemasan di negara itu, selain turut dibantu oleh USD yang lemah.

Di sisi lain, dolar Aussie dan dolar kiwi terus mempertahankan pengukuhannya selepas mencatatkan rekod ketinggian terbaru ketika sesi sebelum ini, disokong oleh sentimen pasaran yang positif.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat