Euro Yang Kukuh Tidak Mempengaruhi Langkah Keputusan Yang Diambil ECB Pada Hari Ini!

269

Bank Pusat Eropah pada hari Khamis mengumumkan bahawa ECB mengambil keputusan untuk mengekalkan kadar faedah dan program rangsangan Covid-19 tidak berubah walaupun matawang euro yang kukuh memberi tekanan kepada pembuat dasar.

Matawang euro telah mengukuh lebih dari 5% berbanding US dolar sejak awal bulan Julai dan diperdagangakan pada sekitar paras $ 1.1846 sejurus selepas keputusan dibuat. Matawang yang lebih kukuh akan membuatkan import lebih murah dan memberi impak kepada pengeksport zon Eropah.

Bacaan inflasi mencatat paras paling rendah sejak tahun 2001 pada bulan Ogos telah menimbulkan persoalan tentang langkah yang akan diambil oleh ECB. Walaubagaimanapun, ECB memutskan untuk tidak mengambil apa-apa langkah drastik.

Pada bulan Jun, ECB telah meningkatkan program rangsangan Covid-19 dari 750 bilion euro menjadi 1.35 trilion euro yang dijangka dapat digunakan sekurang-kurangnya sehingga Jun 2021. Penganalisis menjangkakan peningkatan jumlah keseluruhan program rangsangan sebelum akhir tahun.

Pakar ekonomi Fredrik Ducrozet berpendapat tanda-tanda awal perbezaan telah muncul dalam kalangan anggota Lembaga Eksekutif, menunjukkan bahawa lebih banyak masa akan diperlukan untuk membincangkan langkah ECB seterusnya,

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat