EURUSD Analisa Fundamental Harian 10 Jun 2015

33

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-019

Euro Dollar berada dalam dagangan ‘ranging’ Selasa semalam, dengan pergerakan sekitar 125 pips dari paras tertinggi harian sekitar 1.1345 ke serendah sekitar 1.1215 sebelum menutup sekitar paras 1.1280; selepas para pedagang bimbang bahawa Euro telah meningkat terlalu tinggi dan mula mengambil untung.  Data ekonomi Euro-Zone yang dikeluarkan pula menunjukkan bahawa pertumbuhan suku pertama di Euro-Zone telah didorong oleh eksport dan penggunaan swasta.

GDP pula meningkat 0.4% dalam tempoh tiga bulan sehingga Mac, selepas data sebelumnya dikemaskini kepada 0.4% dalam tempoh tiga bulan yang lalu, menurut pejabat statistik Kesatuan Eropah di Luxembourg; sekaligus mengesahkan anggaran pada 13 Mei lalu. Penggunaan isi rumah meningkat 0.5%, pelaburan meningkat 0.8% dan eksport meningkat 0.6%.

Selain penurunan harga minyak, euro lemah disebabkan oleh program pembelian Bank Pusat Eropah bagi membantu penjanaan ekonomi blok ini. Presiden ECB Mario Draghi berkata minggu lepas, bahawa rangsangan monetari yang bersejarah itu telah mula memberi kesan kepada ekonomi mengikut jadualnya, dan bahawa walaupun terdapat kebimbangan mengenai hutang Greece; pemulihan ekonomi adalah “di landasan yang betul.”

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat