EURUSD Analisa Fundamental Harian 12 Nov 2015

56

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-011

Euro Dollar terus berada dalam dagangan ‘sideway’ untuk hari ketiga Rabu semalam, dengan pergerakan sekitar 70 pips dari paras tertinggi harian sekitar 1.0775 ke serendah 1.0705, sebelum menutup lebih tinggi dari pembukaan; setelah Euro berada di bawah tekanan ekoran kenyataan Erika Liikanen, ahli majlis Bank Pusat Eropah. “Ahli ECB Liikanen berkata bahawa ECB sudah bersedia untuk bertindak, sekaligus menguatkan spekulasi bahawa penurunan kadar deposit sedang dalam perjalanan untuk bulan Disember.” menurut analisa XE Markets.

Perdebatan minggu ini di kalangan penganalisis dan trader di bank-bank utama telah menimbulkan beberapa halangan yang berpotensi untuk tolakan ke sekitar paras $1.0450 yang dicapai pada bulan Mac dan April lepas.  Penganalisis berkata ucapan oleh Ketua Bank Pusat Eropah Mario Draghi adalah peluang terbaik untuk arah terbaru pasaran untuk beberapa hari akan datang.

[adrotate group=”6″]

Hari ini, Presiden Draghi dijangka berucap mengenai rangsangan tambahan dan tinjauan bagi Euro-Zone dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Amerika Syarikat pula bakal melaporkan tuntutan bantuan pengangguran yang dijangka menurun dari 276 ribu kepada 270 ribu, disamping Pengerusi Feds Janet Yellen yang bakal berucap dalam pembukaan persidangan Perlaksanaan Polisi Monetari di Washington, DC.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat