EURUSD Analisa Fundamental Harian 17 Apr 2015

30

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-013

Euro Dollar terus memacu naik lebih 180 pips Khamis semalam, untuk mencapai paras tertinggi sekitar 1.0815; sebelum menutup lebih tinggi dari pembukaan, selepas Dollar mula dijual ekoran spekulasi kenaikan “interest rate” pada Jun ini mula pudar; terkesan dari pelbagai laporan ekonomi Amerika Syarikat yang mengecewakan.

Di pasaran Eropah, para pelabur mula mempersoalkan tentang program pembelian aset lanjutan oleh ECB yang hanya mula beroperasi sepenuhnya pada awal bulan Mac lalu. Ia adalah hampir-hampir tidak menghairankan, apabila presiden Draghi memilih untuk membuat analogi berada di kilometer pertama maraton; tetapi adalah amat mengejutkan apabila media memberi tumpuan kepada pelbagai sebab mengapa program itu mungkin gagal jika terus berada dalam bentuk sekarang.

Salah satu pertimbangan adalah kemungkinan, bahawa inflasi mungkin pulih dengan lebih cepat mencapai sasaran ECB, daripada yang dijangkakan sebelum ini. Seterusnya, ini telah menimbulkan persoalan sama ada dasar ECB akan terus berjalan pada tetapan semasa atau disesuaikan dengan perubahan keadaan ekonomi.  Selain itu, hakikat bahawa pelbagai soalan tentang Greece, hanyalah memberi tumpuan kepada masalah di negara itu, dan tidak menekankan kepada pencapaian ECB yang lebih luas meliputi seluruh Euro-Zone.

Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan CPI yang dijangka stabil dan “consumer confidence” yang dijangka bertambah baik dari 93 kepada 93.8  Tiada sebarang data berimpak tinggi dari Euro-Zone.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat