Euro Dollar berada dalam dagangan ‘ranging’ Isnin semalam, dengan paras tertinggi harian sekitar 1.1396 dan terendah sekitar 1.1295; selepas jatuh lebih 80 pips sepanjang sesi Asia, apabila Data “IFO” Jerman dilaporkan meleset dari jangkaan. Data “home sales” Amerika Syarikat yang juga meleset dari jangkaan menyebabkan pasaran kembali kepada trend utama – “downtrend”.
Krisis “Grexit” kini kembali tenang, apabila Greece diberitakan telahpun memohon bantuan dana kecemasan yang baru, dan diminta menghantar perincian tentang rancangan mereka bagi membayar balik pinjaman yang berjumlah 240 bilion euro itu. Para pengawai ECB dikatakan komplen tentang rancangan menteri kewangan Greece, Yanis Varoufakis yang tidak memperincikan kesan terhadap ekonomi dan bajet kerajaan.
Hari ini, kerajaan Jerman bakal melaporkan GDP tahunan yang dijangka meningkat dari 1.2% kepada 1.6% dan GDP suku ke-4 2014 yang dijangka meningkat dari 0.1% kepada 0.7%; dan Amerika Syarikat pula bakal melaporkan “consumer confidence” yang dijangka mengurang dari 102.9 kepada 99.6 Keadaan ini dilihat memihak kepada Euro, walaupun ianya lebih bersifat sementara ekoran krisis “Grexit” yang masih menghantui pasaran.