Euro Dollar membuka pasaran hari ni, sekitar 1.2195, selepas bercuti Khamis semalam sempena Krismas. Euro yang merudum apabila permintaan terhadap Dollar meningkat Selasa lalu, membuat paras terendah tahunan yang baru, sekitar 1.2165, selepas GDP Amerika Syarikat menunjukkan pemulihan ekonomi yang jauh lebih baik dari jangkaan para penganalisa ekonomi. Keadaan ini tambah menguatkan spekulasi bahawa Federal Reserve AS bakal menaikkan “interest rate” lebih awal dari jangkaan.
Di Eropah pula, seperti dijangkakan, penggubal undang-undang Greece gagal mencapai keputusan majoriti untuk mengangkat Stavos Dimas, calon dari Parti Demokrasi Baharu, sebagai Presiden. Walau bagaimanapun, Dimas menang 168 undi, kurang 20 dari 180 yang beliau perlukan untuk dilantik sebagai Presiden dalam parlimen Greece yang mempunyai 300 kerusi.
Sekiranya beliau terus gagal mendapat undi minimum 180 kerusi, pilihanraya presiden terpaksa diadakan lebih awal, yang memungkinkan peralihan kuasa kepada Parti Syriza. Parti Syriza menentang langkah berjimat cermat yang dilaksanakan Parti Demokrasi Baharu dan mahu berunding semula untuk mendapatkan pinjaman 240 bilion euros bagi membantu ekonomi Greece.
Hari ini dengan ketiadaaan sebarang data ekonomi dari Euro-Zone dan Amerika Syarikat, dan pasaran yang masih dalam mood percutian, dagangan dijangka tipis dalam suasana “ranging”.