EURUSD Analisa Fundamental Harian 8 Jan 2016

23

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-005

Euro Dollar melonjak lebih 165 pips Khamis semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.0940 sebelum menutup sekitar paras $1.0930; setelah data dari Biro Statistik Eurostats melaporkan bahawa kadar pengangguran di seluruh Euro-Zone jatuh ke paras terendah dalam masa empat tahun dan sentimen ekonomi kembali pulih dengan tidak dijangka pada bulan Disember.

Di pasaran Eropah semalam, kadar pengangguran dilaporkan turun dari 10.6% kepada 10.5% berbanding jangkaan kenaikan kepada 10.7%.  Pada masa yang sama, tempahan untuk kilang-kilang Jerman pada bulan November dilaporkan lebih baik dari jangkaan, 1.5% berbanding 0.1%, walaupun ianya sedikit rendah dari angka bulan Oktober sebanyak 1.7%.  Walau bagaimanapun, jualan runcit Jerman untuk November agak mengecewakan, apabila dilaporkan meleset dari jangkaan, pada 0.2% berbanding 0.5%, walaupun ianya lebih baik dari 0.1% dibawah sifar pada bulan Oktober.

[adrotate group=”6″]

Keyakinan terhadap ekonomi Euro-Zone pula mengatasi jangkaan apabila meningkat pada bulan Disember, sekaligus menandakan bahawa rangsangan baru daripada Bank Pusat Eropah telah membawa kepada pemulihan ekonomi di rantau itu. Indeks eksekutif dan keyakinan pengguna meningkat kepada 106.8 mata daripada 106.1 mata pada bulan November, menurut Suruhanjaya Eropah di Brussels semalam. Angka tersebut adalah yang tertinggi sejak April 2011, dan jauh lebih baik dari jangkaan penurunan kepada 106 mata dalam kaji selidik Bloomberg.

Kenaikan keyakinan memberikan ECB sedikit kelegaan, selepas pelabur melahirkan rasa kecewa dengan usaha rangsangan terbaru untuk memupuk pertumbuhan dan kembali ke arah inflasi 2% dengan segera. Walaupun kaji selidik pengurus pembelian menunjukkan pemulihan yang perlahan, kelemahan perdagangan global mengancam eksport. Walaupun pembuat dasar ECB termasuk Presiden Mario Draghi telah sedar dengan risiko tersebut, mereka juga menekankan rangsangan untuk perbelanjaan dan pelaburan, terkesan daripada harga minyak yang jauh lebih rendah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat