EURUSD Analisa Fundamental Harian 9 Mac 2016

22

Euro Dollar yang memacu naik lebih 50 pips sepanjang sesi Asia dan Eropah Selasa semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.1055, kembali jatuh lebih 60 pips untuk ke paras terendah harian sekitar $1.0995 pada petang New York, sebelum menutup sekitar paras $1.1010; setelah pasaran berada dalam keadaan tidak menentu apabila ekonomi China dilaporkan semakin melemah.

[adrotate group=”6″]

Dalam pada itu, pasaran dilihat mula bersedia untuk mesyuarat ECB esok yang dijangka hangat, dimana majlis jawatankuasa ekonomi ECB dijangka akan melancarkan program ransangan tambahan, dengan menurunkan lagi kadar bersama program pembelian bon baru.  Walau bagaimanapun, terdapat risiko yang ECB tidak akan memenuhi jangkaan pasaran seperti yang berlaku pada Disember tahun lepas, yang menyaksikan kadar tukaran EUR/USD meroket naik lebih 450 pips dalam masa 8 jam.

Tiada sebarang laporan ekonomi berimpak tinggi dari Euro-Zone mahupun AS hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat