Eur/Usd Masih Belum Dapat Momentum Teruskan Kenaikan Hari Ini

31

Eur/Usd bergerak ke bawah hari ini dan ketika ini didagang di sekitar 1.0673-1.0634, susut 0.26% dari harga penutup sesi Khamis. Pasangan matawang ini membuat ‘pullback’ dengan indeks US dolar juga menguat dalam sesi hari ini. Dollar ketika ini didagang di sekitar 100.72, naik 0.22%.

US dolar menguat selepas laporan data yang dikeluarkan semalam dalam sesi Khamis. Tuntutan pengangguran yang mencatatkan kenaikan 5,000 tuntutan naik ke paras 239,000 berbanding minggu lalu dengan jangkaan tuntutan adalah 245,000.

Satu lagi data yang lebih penting dari tuntutan pengangguran ialah indeks pembuatan Philadelphia naik kepada 43.3 berbanding jangkaan penganalisis di paras 17.5. Secara keseluruhan data ini menunjukkan aktiviti sektor pembuatan yang baik di wilayah Philadelphia.

Ketika ini Eur/Usd akan berhadapan dengan ‘support‘ pada paras terendah di sekitar 1.0620 ke 1.0640. Jika pasangan matawang ini gagal masuk ke sekitar harga tersebut, kecenderungan pergerakan Eur/Usd masih lagi ke atas sehingga minggu hadapan.

Pergerakan ke atas pula akan berhadapan dengan ‘resistence‘ di sekitar 1.0700 yang akan menjadi nilai psykologi bagi para trader di seluruh dunia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat