Event-Event Berimpak Besar Bagi Minggu 9-13 Januari 2017!

41

Pada minggu lepas laporan pekerjaan di Amerika Syarikat menunjukkan pertumbuhan pekerjaan yang agak lemah berbanding jangkaan awal. Namun begitu, data gaji yang memainkan peranan penting dalam laporan tersebut tetap menunjukkan 2.9 peratus keuntungan tahunan. Data ini juga membuktikan bahawa pasaran buruh AS telah pulih sepenuhnya.

Bagi minggu 9-13 Januari, pasaran dikatakan akan menumpukan perhatian terhadap data runcit AS dan data PPI yang juga dari AS. Selain dua data ini, kami senaraikan 5 event penting sepanjang minggu yang perlu anda beri perhatian :

1.Laporan Inventori Minyak Mentah (Rabu, 11.30pm)

Data ini telah menguncup dengan ketara pada enghujung tahun 2016 berikutan penurunan sebanyak kira-kira 7 juta tong. Walaupun begitu, stok petrol dan produk tapisan kekal menunjukkan lonjakan. Arab Saudi juga minggu lepas telah bersetuju untuk menaikkan harga minyak setelah OPEC bersetuju untuk mengurangkan output bermula bulan ini.

  1. Laporan Tuntutan Pengangguran AS (Khamis, 9.30pm)

Bilangan rakyat Amerika yang memfailkan tuntutan faedah pengangguran awal semakin susut minggu lalu serta menghampiri paras terendah yang pernah dicatat sepanjang tempoh 43 tahun. Angka ini juga mengesahkan bahawa sektor buruh AS berada pada tahap yang baik setakat ini. Bagi minggu berakhir 31 Disember lalu, jumlah pengangguran menurun seramai 28,000. Pasaran buruh kekal berada pada tahap 300,000 dengan pasaran yang semakin mengukuh sepanjang 96 minggu berturut-turut.

  1. Data Jualan Runcit (Jumaat, 9.30pm)

Jualan runcit dilapor berkembang kurang dari ramalan pada bulan November berikutan kenaikan kukuh dalam tempoh dua bulan sebelumnya. Pada bulan ini, ahli ekonomi menjangkakan keuntungan jualan sebanyak 0.1 peratus dan jualan teras tidak termasuk jualan kereta meningkat sebanyak 0.2 peratus.

  1. Data PPI AS (Jumaat, 9.30pm)

Data harga pengeluar meningkat pada bulan November berikutan peningkatan kos perkhidmatan dan tekanan inflasi yang semakin meningkat. Harga barangan juga meningkat sebanyak 0.4 peratus sekali gus mencatat keuntungan terbesar sejak Jun. Dalam tempoh 12 bulan sehingga Oktober, IHPR melonjak sebanyak 1.3 peratus sejak November 2014. Dalam masa yang sama, harga pengeluar telah memulih daripada kejatuhan sebelum ini setelah harga minyak diramal akan mengimbangi kesan deflasi.

  1. Sentimen Pengguna AS (Jumaat, 11.00pm)

Indeks ini telah mencapai 98 mata asas berbanding 93.8 yang direkod pada November. Pakar ekonomi pada bulan ini juga meletakkan sasaran kenaikan sederhana sehingga 94.3 berikutan kejutan kemenangan Trump sebegai Presiden AS yang baru. Pengguna dilihat meletakkan harapan tinggi tarhadap dasar ekonomi yang telah direncanakan Trump sebelum ini.

Bagi update semasa, jangan lupa ikuti perkembangan terkini bersama-sama kami sepanjang minggu ini!

Sumber : Forex Factory

Kenaikan Logam Kuning Ini Perlu diberi Perhatian!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat