Export Minyak Mentah Saudi Ke China Meningkat Dua Kali Ganda

287

Arab Saudi masih mengekalkan kedudukannya sebagai pembekal minyak mentah terbesar dunia apabila eksport minyak mentah China mencatatkan rekod peningkatan dua kali ganda dari tahun sebelumnya ke paras tertinggi sepanjang masa.

Ketibaan minyak mentah dari Saudi pada bulan lalu mencecah jumlah 9.165 juta tan atau 2.16 juta tong sehari (bpd), meningkat sekitar 95% dari 1.11 juta tong sehari pada Mei 2019 dan meningkat 71% dari 1.26 juta tong sehari pada April.

Dikatakan kilang penapisan di China telah meningkatkan kadar pengeluaran untuk memenuhi permintaan bahan bakar sepanjang fasa pemulihan.

Malah, pihak mereka juga mengambil kesempatan ke atas harga murah dengan menyimpan bekalan minyak mentah susulan permintaan yang susut sepanjang pandemik Covid-19.

Pihak perunding tenaga Kpler menjangkakan simpanan minyak mentah China telah mencapai paras tertinggi sepanjang masa iaitu 782 juta tong dengan kapasiti negara berjumlah 61% penuh.

Secara keseluruhannya, aktiviti import minyak mentah China telah melonjak 19.2% pada Mei dari tahun sebelumnya kepada paras bulanan tertinggi. Rekod awal bulan ini membuktikan permintaan keatas bahan bakar beransur pulih susulan daripada pembukaan ekonomi.

Pada Mei, kilang penapisan China telah menerima muatan minyak mentah dari Amerika Syarikat (AS) buat kali pertama sejak November, dengan jumlah sekitar 550,000 tan.

Sementara itu, penghantaran bagi Rusia pada bulan lepas meningkat kepada 7.71 juta tan atau 1.82 juta tong sehari, meningkat dari 1.75 juta tong sehari pada April dan 1.5 juta tong sehari pada tempoh yang sama bagi 2019.

Anda mungkin juga berminat