Facebook Biayai Sebuah firma Semata-mata Untuk ‘Bergocoh’ Dengan TikTok

1,122

‘Ni kalau Facebook milik orang Melayu ni, dah lama TikTok kena santau agaknya.’

Facebook milik Meta Platforms Inc dikhabarkan mengupah sebuah firma perunding Republikan terkemuka untuk melaksanakan kempen bagi memburuk-burukkan pesaing terbesarnya masa kini, TikTok.

Memetik sumber dari Washington Post, kempen tersebut yang mempromosikan berita negatif tentang TikTok telah diletakkan ke dalam saluran berita utama di Amerika Syarikat (AS).

Dipercayai teknik sebegitu dikhabarkan sering digunakan oleh ahli-ahli politik Washington bagi memburukkan atau menjatuhkan pesaing mereka.

Umum mengetahui bahawa Meta telah kehilangan ratusan bilion dolar pada awal tahun ini ekoran keraguan pelabur mengenai masa depannya dan kemunculan pesaingan dari platform perkongsian video, TikTok yang lebih popular dalam kalangan peminat muda.

Suatu masa dahulu Meta pernah mengeluarkan kenyataan respon mengenai peningkatan populariti TikTok dengan menyatakan platform perkongsian video itu harus menghadapi tahap penelitian yang konsisten seiring dengan kejayaannya.

Dalam pada itu, firma perundingan Republikan yang dibiayai Meta dikenal pasti sebagai Targeted Victory.

Firma tersebut secara terbuka mengesahkan ia bekerja dengan Meta dan tidak menafikan aktiviti penyebaran berita negatif mengenai TikTok.

Menerusi Twitter peribadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Targeted Victory, Zac Moffatt, beliau secara terbuka menyatakan bahawa mereka dengan bangganya menerangkan bahaya TikTok kepada pengguna.

Dikatakan, Targeted Victory sedang berusaha memburukkan TikTok yang dimiliki oleh sebuah syarikat China, ByteDance.

Kenyataan syarikat tersebut sering mennggambarkan mengenai bahaya TikTok kepada pengguna kanak-kanak di AS dan menyatakan platform perkongsian video dari China itu merupakan ancaman aplikasi milik asing nombor 1 dalam perkongsian data yang digunakan oleh remaja muda.

Ia juga dilaporkan meminta ibu bapa di AS utnuk menandatangani surat yang menimbulkan kebimbangan bagi dikemukakan kepada akhbar.

Selain itu, mereka turut menyatakan TikTok menggalakkan aktiviti vandalisme dengan memperkenalkan trend-trend mengarut dan membahayakan terhadap golongan muda sehingga ke yang tua.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat