Facebook Dituduh Punca Remaja 17 Tahun Ini Bunuh Diri!

364

‘Kes serius ni! Walapun dah 6 tahun berlalu, ia peringatan kepada semua.’

Seorang ibu di Wisconsin Amerika Syarikat (AS) memfailkan saman terhadap Meta Platform Inc atas tuduhan bahawa aplikasi Facebook telah menyebabkan anak lelakinya yang berusia 17 tahun ketika itu membunuh diri.

Donna Dawley ibu kepada Christopher Dawley menyatakan kesihatan mental anak lelakinya sejak menggunakan platform media sosial tersebut semakin merosot dan tidak menolak kemungkinan ia turut menjadi punca kepada bunuh diri pada 2015, ketika mendiang berusia 17 tahun.

Terang Dawley yang di wakili oleh Pusat Undang-undang Mangsa Media Sosial, mendiang yang mula menggunakan aplikasi-aplikasi milik Meta termasuk Facebook, Instagram dan Snapchat masih terlalu muda ketika itu untuk menandatangani sebarang terma dan syarat aplikasi di bawah akta Children’s Online Privacy Protection Act di AS.

Menurut kenyataan Dawley di mahkamah, Christopher menjadi ketagih terhadap Facebook, Instagram, and Snapchat pada 2014 sehingga mendiang menghabiskan masa berjam-jam sampai pukul 3 pagi dengan peranti pintarnya, seterusnya menjadi terlalu obses dengan imej badan.

Semasa mangsa dijumpai membunuh diri, mendiang masih memegang erat peranti pintarnya.

Dawley menambah, setiap produk defenden (Meta) mengandungi ciri produk unik yang bertujuan dan menggalakkan ketagihan, selain ia turut menyertakan kandungan yang menyalahi undang-undang sehingga boleh menjejaskan pengguna bawah umur.

Umum mengetahui bahawa orang dalaman, Frances Haugen, sebelum telah mendedahkan isu mengenai tersedia makluman Meta mengenai bahaya Instagram terhadap kesihatan mental kanak-kanak dan remaja namum mengambil keputusan untuk menutup sebelah mata.

Respon terbaik dari pihak Meta setakat ini berkenaan perkara itu adalah dengan memperkenalkan Instagram khas untuk remaja bawah umur 12 tahun.

Seperti yang diketahui bahawa ketagihan kepada media sosial merupakan perkara serius terutamanya terhadap mental kanak-kanak dan remaja.

Sebagai contoh aplikasi Snapchat yang menawarkan ‘reward’ dan ‘trophies’ kepada pengguna sehingga menggundang bahaya kepada pengguna terutamanya kanak-kanak yang akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya.

Tidak dilupakan juga imej sosial (sosial image) yang boleh mengundang rasa iri hati dan depresi boleh merosakkan mental remaja yang berusaha untuk meniru sesuatu yang dilihat dalam talian.

Dalam pada itu, pihak Meta masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan balas mengenai perkara ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat