Facebook Kena Saman $6.06 Juta Dolar!

626

Sebuah agensi Korea Selatan yang bertanggungjawab untuk melindungi maklumat peribadi pada hari Rabu telah mendenda Facebook Inc sebanyak $ 6.06 juta dolar dan meminta agar siasatan jenayah dijalankan kerana memberikan maklumat peribadi pengguna kepada pengendali lain tanpa persetujuan.

Suruhanjaya Perlindungan Maklumat Peribadi negara itu, yang dilancarkan pada bulan Ogos tahun ini, mendedahkan bahawa tindakan tersebut diambil setelah siasatan yang dijalankan mendapati bahawa maklumat peribadi sekurang-kurangnya 3.3 juta daripada 18 juta pengguna Facebook di Korea diberikan kepada pengendali selain Facebook tanpa pengetahuan mereka , dari Mei 2012 hingga Jun 2018.

Selain itu, suruhanjaya berkenaan juga merujuk kepada Facebook Ireland Ltd sebagai penerima denda itu, dan menyerahkan isu berkenaan kepada pihak pendakwaan negara itu untuk menjalankan siasatan jenayah.

Menurut jurucakap Facebook di Seoul, mereka telah memberi kerjasama yang baik sepanjang proses penyiasatan, amat kesal dengan tindakan Suruhanjaya Perlindungan Maklumat Peribadi yang telah meminta agar siasatan jenayah dilakukan. Walau bagaimanapun, perincian kes berkenaan tidak didedahkan dengan lebih lanjut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat