Faktor-faktor Yang Membantutkan Dagangan Minyak Minggu Ini

312

Harga minyak menuju penurunan mingguan terbesar sejak pertengahan Mei ketika kebangkitan Covid-19 menghimpit kebimbangan terhadap permintaan global dan ketidakpastian dalam pasaran disebabkan OPEC+.

Niaga hadapan minyak mentah Brent diperdagangkan di sekitar harga $73.15 setong dan menuju ke penurunan 3% pada minggu ini selepas dua hari mencatatkan kejatuhan ketara, iaitu kerugian terbesar mingguan sejak Mei.

Sementara dagangan WTI Amerika Syarikat pula diniagakan pada $71.35 setong dan berada di landasan untuk penurunan sekitar 4% pada minggu ini, kemerosotan mingguan terbesar sejak Mac.

Perbincangan mengenai dasar pengeluaran OPEC +, berakhir tanpa persetujuan bulan ini setelah Emiriah Arab Bersatu (UAE) keberatan untuk memperluas dasar keluarannya menjelang April 2022.

Bagaimanapun, UAE dan Arab Saudi mencapai kompromi minggu ini, untuk meningkatkan penanda aras pengeluarannya, membolehkan lebih banyak bekalan minyak dilepaskan dalam pasaran.

Dalam pada itu, kebangkitan kes Covid-19 terus membantutkan pengukuhan harga minyak, berikutan kebimbangan terhadap pemulihan permintaan akan kembali melemah, ketika lebih banyak sekatan dilaksanakan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat