Faktor Kelemahan Greenback, EUR/USD Kembali ‘Terpacak’ Semula

571

US dolar kekal bergerak susut pada dagangan yang bersambung pada Rabu yang dilihat dipengaruhi oleh dua faktor utama.

Pertama adalah pencalonan bekas Pengerusi Federal Reserve (Fed) Janet Yellen sebagai Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) oleh pentadbiran Biden. Hal ini dilihat akan mengukuhkan pengurusan kewangan dan meyakinkan para pelabur.

Kedua adalah faktor keyakinan terhadap harapan untuk vaksin tersedia dalam masa terdekat susulan beberapa syarikat yang membangunkan vaksin telah mendedahkan keputusan ujian keberkesanan yang positif.

Namun begitu, risiko masih terlihat pada penularan wabak pandemik yang masih berada pada tahap yang membimbangkan.

Pada carta harga pasangan mata wang utama EUR/USD, harga menunjukkan kenaikan semalam menuju paras 1.19000, namun penurunan dilihat semula ketika pasaran menghampiri pembukaan sesi New York hampir ke paras sekitar 1.18400.

Penyusutan US dolar berterusan pada sesi New York dengan kenaikan harga diteruskan semula di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Menyambung dagangan pada sesi Asia hari ini (Rabu), harga dilihat menguji zon resistance 1.19000 di mana paras tersebut gagal ditembusi pada kenaikan Isnin lalu.

Kenaikan harga turut didorong oleh bacaan data ekonomi Jerman yang memberangsangkan menyokong dagangan bagi mata wang Euro.

Jika kenaikan harga berjaya menembusi zon resistance tersebut, sasaran kenaikan seterusnya dilihat akan menuju zon 1.19500 sebelum ke paras ketinggian terbaru pada 1.20000.

Namun jika skrip di awal minggu berulang di mana harga menjunam semula selepas gagal melepasi zon tersebut, paras sokongan 1.18000 akan menanti harga membuat terjunan.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat