FBM KLCI Bergerak Cemerlang, Sempat Cecah 1,539.60 Mata Pada Sesi Pagi

202

Bursa Malaysia kekal dalam alur positif ketika menjelang pengumuman Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) mengenai kadar dasar semalaman (OPR) pada petang ini (Rabu).

Pada 12.30 tengah hari, FBM KLCI menokok 2.32 mata kepada 1,533.83 daripada 1,531.51 pada penutup Rabu.

Indeks penanda aras yang dibuka 0.19 mata lebih tinggi pada 1,531.70 dan kini bergerak antara 1,531.70 hingga 1,539.60 semasa sesi dagangan pagi tadi.

Walau bagaimanapun, sentimen pasaran meluas adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung dengan 416 berbalas 413. Manakala, 424 kaunter tidak berubah, 1,022 tidak diniagakan dan 29 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah berjumlah 1.89 bilion unit yang bernilai RM1.17 bilion.

Ramalan pakar ekonomi adalah tepat menjangkakan OPR kekal tidak berubah pada 3% setelah diumumkan oleh BNM pada mesyuarat sebentar tadi.

Di peringkat tempatan, Malacca Securities Sdn Bhd menjangkakan sokongan belian dapat dilihat dalam sektor komoditi seperti minyak dan gas, emas serta perladangan kerana mereka mempunyai asas komoditi yang lebih kukuh memandangkan potensi untuk berlakunya pemotongan kadar faedah nanti.

Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell dalam keterangan Kongres malam tadi berkata bahawa kadar faedah akan dipotong tahun ini walaupun kos pinjaman kekal tinggi pada masa hadapan.

Para pelabur juga perlu memerhatikan data ekonomi AS Non-Farm Payrolls (NFP) yang akan diterbitkan Khamis esok.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Malayan Banking Bhd menokok satu sen kepada RM9.65, CIMB Group Holdings Bhd meningkat empat sen kepada RM6.55, Public Bank Bhd tidak berubah pada RM4.30 dan Petronas Chemicals Group Bhd tidak berubah pada RM6.96. Manakala, Tenaga Nasional Bhd susut dua sen kepada RM11.14.

Bagi saham aktif, Powerwell Holdings Bhd menokok empat sen kepada 35 sen, Thriven Global Bhd naik 2.5 sen kepada 13 sen, Widad Group Bhd tidak berubah pada 9.5 sen dan TWL Holdings Bhd tidak berubah pada 3.5 sen sementara Vizione Holdings Bhd susut satu sen kepada 4.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengukuh 16.00 mata kepada 11,376.73, Indeks FBMT 100 meningkat 13.73 mata kepada 11,040.18, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 19.64 mata kepada 11,385.57 dan Indeks FBM 70 memungut 6.81 mata kepada 15,318.41 sementara Indeks FBM ACE susut 10.02 mata kepada 4,671.42.

Dari segi sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 18.45 mata kepada 17,250.28, Indeks Perladangan memperoleh 30.51 mata kepada 7,250.55, Indeks Tenaga meningkat 2.49 mata kepada 898.36, dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.37 kepada 174.78.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat