FBM KLCI Naik Tinggi Di Sesi Awal Dagangan, Saham Murah Raih Tarikan

212

Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin berdasarkan petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street yang lemah berikutan data inflasi kekal tinggi dan sentimen terjejas oleh ketidaktentuan politik susulan debat Presiden Amerika Syarikat (AS).

Namun, ia bergerak positif sepanjang sesi pagi hasil dorongan tarikan belian dalam saham sederhana dan kecil.

Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.50 mata kepada 1,588.59 daripada 1,590.09 pada Jumaat lepas.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 0.17 mata kepada 1,590.26.

Sentimen pasaran menyeluruh adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 253 berbanding 192, 335 kaunter tidak berubah, 1,594 tidak diniagakan dan lima lagi digantung.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, Wall Street ditutup rendah walaupun laporan menunjukkan perbelanjaan pengguna meningkat dengan sederhana pada Mei.

Walaupun terdapat tekanan ke atas Wall Street, firma itu percaya sokongan belian akan berterusan di peringkat tempatan. Peluang dalam sektor teknologi meningkat apabila pelaburan dan permintaan meningkat dalam pembinaan pusat data, kecerdasan buatan dan perkhidmatan teknologi awan akan terus menyokong aktiviti dagangan buat masa ini.

Buat masa ini, peserta pasaran memantau beberapa data ekonomi penting yang akan dikeluarkan termasuk Indeks Pengurus Pembelian (PMI) AS serta data pekerjaan seperti Non-Farm Payroll dan kadar pengangguran.

Saham wajaran tinggi Tenaga Nasional merosot dua sen kepada RM13.76 dan IHH Healthcare susut satu sen kepada RM6.29 manakala Maybank naik satu sen kepada RM9.97.

Sementara itu, Public Bank dan CIMB, masing-masing tidak berubah pada RM4.02 dan RM6.80.

Bagi kaunter paling aktif, SNS Network dan Nova, masing-masing merosot setengah sen kepada 75 sen dan 21 sen manakala Velesto tidak berubah pada 26.5 sen. Ingenieur Gudang naik satu sen kepada enam sen dan Hiap Teck menambah 1.5 sen kepada 44 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 12.53 mata kepada 12,203.87, Indeks FBMT 100 merosot 12.47 mata kepada 11,785.58, Indeks FBM Emas Shariah susut 19.97 mata kepada 12,532.73, Indeks FBM 70 turun 23.82 mata kepada 17,818.07.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat