FC Barcelona Rancang Untuk Tubuhkan Koin Kripto, NFT & Metaverse!

180

Tidak mahu hanya terikat dengan fan token, pasukan bola sepak Barcelona mengumumkan ketersediaan mereka untuk lancarkan mata wang kripto baharu.

Keputusan tersebut diumumkan sendiri oleh presiden kelab, Joan Laporta di Mobile World Congress 2022 yang diadakan di Catalan.

Beliau percaya dengan kehadiran mata wang kripto ini dapat menyokong dana, sekaligus bersaing dengan kelab bola sepak lain yang dimiliki oleh pelabur asing dan organisasi korporat.

Sedia maklum, fan token merupakan inisiatif untuk peminat sukan terutama bola sepak untuk sentiasa mendapat pengaksesan eksklusif.

Ia sedikit berbeza dengan kebanyakan mata wang kripto seperti Bitcoin (BTC), Dogecoin (DOGE), dan XRP.

Jika benarlah usaha ini dilaksanakan dalam masa terdekat, Barcelona FC mungkin pasukan bola sepak pertama yang memiliki token kripto.

Tidak cukup dengan itu, Laporta juga mendedahkan perancangan mereka untuk membangunkan metaverse dan non-fungible token (NFT).

Disebabkan faktor-faktor inilah Barcelona enggan menerima tajaan daripada mana-mana syarikat kripto, termasuk tawaran tajaan daripada Polkadot dan Binance, tetapi dijangka akan bekerjasama dengan Spotify.

Rincian FC Barcelona Fan Token

BAR merupakan fan token ketiga paling bernilai selepas Paris Saint-Germain (PSG)(#1) dan Manchester City (CITY)(#2).

Ketika penulisan, BAR mencatatkan nilai $8.32, susut lebih 2% dalam 24 jam.

Walaupun fan token meraih populariti dalam kalangan peminat bola sepak, tetapi tidak dinafikan nilai pasarannya mencatatkan penyusutan sejak tahun lepas.

Berdasarkan pemerhatian, boleh disimpulkan sebenarnya peningkatan harga fan token bergantung kepada spekulasi semata-mata. Buktinya, prestasi harga fan token acapkali susut selepas penyenaraian rasmi.

Manakan tidak, fan token tidak memiliki utiliti yang pelbagai untuk menarik lebih ramai peminat kecuali hak pengundian, ganjaran, merchandise, dan lain-lain manfaat berkaitan dengan kelab bola sepak kegemaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat