FD7 Lancarkan Dana Mikro $250 Juta Untuk Ekosistem Cardano, Polkadot Di India

572

Firma pelaburan kripto FD7 Ventures telah mengumumkan pelancaran pejabat pertama India di Bengaluru dan dana mikro bernilai $250 juta sebagai pelaburan dalam projek altcoin seperti Polkadot (DOT) dan Cardano (ADA).

Terletak di Dubai, FD7 menyasarkan pelaburan berjumlah $1-5 juta terhadap 50 syarikat setiap tahun dengan dana terbaru.

Manakala sekitar 30% syarikat berasaskan ekosistem Polkadot dan Cardano akan menerima pelaburan sekunder bernilai antara $5-20 juta, bergantung kepada perkembangan metrik.

Pengarah urusan global FD7 Ventures, Prakash Chand menyifatkan Bengaluru sebagai lokasi strategik memandangkan India Institute of Technology (IIT) telah melahirkan banyak graduan berbakat dalam kejuruteraan dan telah terlibat dalam projek Polkadot dan Cardano peringkat universiti.

Pada minggu lepas, FD7 ada juga mendedahkan rancangan mereka untuk menjual pegangan Bitcoin yang bernilai $750 dalam tempoh 30 hari akan datang dengan tujuan menambahkan lagi kedudukan syarikat dalam Cardano dan Polkadot.

Langkah tersebut merupakan peluang terbaik untuk memenuhi keperluan para pelaburnya yang ingin mempelbagaikan portfolio mereka dalam sektor matawang kripto.

Selain Bengaluru, FD7 turut memiliki pejabat urusan di Toronto dan Dubai di mana telah melakukan pelaburan dalam setiap peringkat projek kripto dan blockchain.

Sementara itu pada bulan lalu, CEO Twitter Jack Dorsey ada memberitahu rancangannya untuk memberi 500 BTC kepada dana baru sebagai sokongan terhadap pembangunan Bitcoin di India dan Afrika.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat