FED Bakal ‘Cut Rates’ Mac 2024? BTC Sedia Mengukuh!

368

“Lambat lagi tahun depan, maksudnya harga BTC sekarang akan turun dulu la?”

Harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) masih bergerak mendatar antara julat $35,300 dan $34,500 apabila data pekerjaan NFP untuk Oktober 2023 pada Jumaat lepas menyaksikan angka lebih lemah daripada jangkaan.

Namun, kenaikan besar-besaran dalam aset berisiko seperti kripto dan ekuiti mampu tercetus susulan sesetengah penganalisis berpandangan Federal Reserve (Fed) akan memotong kenaikan kadar faedah pada Mac 2024 ditambah pula terdapat acara halving BTC pada April 2024.

Meskipun begitu, terdapat kebarangkalian 66.5% untuk Fed mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada bulan itu sama seperti jangkaan 95.4% untuk mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada Disember 2023 dan 89.4% bagi Januari 2024.

Bukan itu sahaja, Charlie Ripley, ahli strategi pelaburan kanan Allianz Investment Management turut menjangkakan terdapat 10.3% kemungkinan untuk bank pusat Amerika Syarikat (AS) menaikkan kadar faedah pada Januari 2024.

Memang tidak dinafikan BTC kini masih melihat momentum mendatar tetapi harganya berpotensi mengalami lonjakan drastik, ulas penganalisis kripto popular Ali Martinez sambil menambah terdapat lebih 700,000 address BTC baru dijana dalam satu hari.

Kemudian, CrediBull Crypto pula meramalkan BTC mampu capai paras tertinggi seterusnya jika harganya berjaya tebus $40,000 dan tidak dilupakan juga aliran masuk modal dalam pasaran kripto yang mendahului $10 bilion sepanjang bulan lepas dapat meningkatkan lagi keyakinan pelabur.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 0.25% pada paras $34,917 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $682 bilion tetapi tetap mencatatkan pendakian 1.31% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat