Fed dijangka Akan Mengekalkan Kadar Sementara Menanti Isyarat Jelas Dari Trump

34

Fed dijangka akan mengekalkan kadar faedah tidak berubah dalam mesyuarat dasar yang akan diadakan minggu ini bagi menanti butiran yang lebih jelas mengenai dasar ekonomi di bawah pemerintahan Donald Trump.

Ini juga merupakan pertemuan kali pertama Fed sejak Donald Trump mengambil alih jawatan Presiden Amerika Syarikat secara rasmi. Trump sebelum ini menjanjikan perbelajaan infrastruktur besar-besaran, pemotongan cukai dan melakukan beberapa pengubahsuaian dan rundingan semula dasar perdagangan.

Keputusan dasar terkini bank pusat akan diumumkan sebaik sahaja selesai mesyuarat dua hari tersebut.

Keputusan dasar ini bakal diumumkan seminggu selepas Yellen menekankan bahawa ekonomi Amerika Syarikat telah hampir kepada dasar guna tenaga menyeluruh dan member amaran terhadap hala tuju inflasi jika Fed terlalu lambat dalam menaikkan kadar.

Dalam masa yang sama, tinjauan yang dijalankan oleh Reuters telah menolak jangkaan peningkatan kadar pada mesyuarat minggu ini. Kebanyakan pelabur buat masa ini meramalkan bahawa kadar akan dinaikkan pada bulan Jun.

Fed sebelum ni telah menaikkan kadar pada bulan Disember kepada 0.75 peratus dan meletakkan unjuran kenaikan sebanyak tiga kali lagi tahun ini.

Perjanjian OPEC Gagal Mengimbangi Jumlah Peningkatan Pelantar Minyak Mentah di AS

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat