Fed Dijangka Menyasarkan Bulan Jun Bagi Prospek Kenaikan Kadar Selanjutnya!

27

Fed dijangka akan mengekalkan kadar faedah stabil pada mesyuaratnya minggu ini bagi memberi ruang kepada lebih huraian data ekonomi. Namun begitu, Fed dijangka akan memberi isyarat terhadap kenaikan kadar selanjutnya pada bulan Jun.

Bank pusat tersebut dijangka akan mengumumkan keputusan dasar pada hari Rabu selepas mesyuarat yang berdurasi dua hari itu tamat.  Fed dilihat begitu optimis terhadap unjuran dua kali lagi kenaikan kadar bagi tahun ini.

Menurut Ketua Ekonomi di Barclays, New York dalam satu kenyataan kepada pelanggannya, jangkaan Fed lebih tinggi pada tahun ini berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Fed juga dilihat sedang berada dalam kitaran pertama kepada lebih daripada satu dekad yang mana menyaksikan kenaikan suku peratus pada Disember lalu, dan diikuti dengan dua lagi kenaikan pada bulan Mac.

Reuters, menurut satu tinjauan kepada ahli ekonomi juga meletakkan sedikit peluang terhadap kenaikan kadar pada mesyuarat minggu ini.

Jawatankuasa penetapan kadar juga masih menanti langkah seterusnya yang akan diambil oleh Trump terhadap dasar cukai, perbelanjaan dan peraturan yang diluluskan oleh Kongres. Hal ini memandangkan sebarang rangsangan terhadap ekonomi berpotensi untuk mempercepatkan kadar kenaikan.

Bank Pusat Australia (RBA) Tepati Ramalan Pasaran!

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat