Bank Pusat Australia (RBA) Tepati Ramalan Pasaran!

39

Bank Pusat Australia mengekalkan kadar pada tahap stabil bagi bulan kesembilan berturut-turut pada Selasa sama seperti ramalan pasaran bagi mengimbangi risiko ledakan harga hartanah terhadap pertumbuhan inflasi dan gaji yang rendah.

RBA mengekalkan kadar pada rekod 1.5 peratus selepas membuat pelonggaran dasar pada Ogos dan Mei tahun lalu. Kesemua 71 ahli ekonomi dalam satu tinjauan Reuters juga menjangkakan hasil yang stabil diumumkan minggu ini.

RBA dikatakan optimis terhadap pertumbuhan ekonomi, namun menambah amaran kepada pertumbuhan upah yang dijangka kekal perlahan “untuk beberapa ketika”.

Menurut Michael Blythe iaitu salah seorang pakar ekonomi di CommonWealth Bank of Australia, pandangan tersebut agak pesimis terhadap momentum gaji buat masa ini. Hal ini juga menunjukkan bahawa mereka kekal yakin bahawa inflasi akan kekal rendah buat beberapa ketika.

Gabenor RBA, Philip Lowe mengekalkan pandangan beliau mengenai pasaran buruh, namun masih menambah jangkaan kepada prospek pekerjaan yang semakin meningkat.

Data yang dikeluarkan pada bulan lalu menunjukkan bahawa kadar pengangguran di Australia stabil pada 5.9 peratus bagi bulan Mac, sekali gus menunjukkan lonjakan dalam sektor pekerjaan kepada tahap tertinggi dalam tempoh 1 hingga ½ tahun.

Risiko di Semenanjung Korea Memberi Ruang Kepada Emas Untuk Menambah Tenaga!

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat