Fed Dudley Sokong Kenaikan Kadar Faedah

35

Pembuat dasar Fed William Dudley memberi komentar terhadap kondisi ekonomi U.S bahawa Fed sedang bergerak pada landasan yang betul dalam peningkatan kadar faedah secara beransur-ansur. Hal ini berikutan hasil daripada faktor yang menekan kadar inflasi semakin berkurangan. Tambahan pula asas ekonomi U.S juga kukuh.

Dudley antara orang terawal yang mengeluarkan kenyataan sejak mesyuarat FOMC. Beliau menyatakan keadaan dollar yang tidak stabil yang cenderung susut pada ketika ini dan pertumbuhan luar negara yang kukuh adalah antara faktor ekonomi US kekal di paras baik dengan kenaikan kadar gaji.

“The Fed juga akan meneruskan pengurangan sokongan dalam polisi monetari secara beransur-ansur,” tambah beliau yang merupakan rakan rapat Janet Yellen dan juga pengundi tetap dalam polisi.

Tambah beliau ”Dengan harga import yang kukuh dan faktor-faktor yang tidak dijangka dalam jangka pendek, membuatkan beliau melihat inflasi akan meningkat dan akan stabil pada sasaran jangkaan iaitu 2 peratus”.

Dudley menyatakan bahawa 3 bencana taufan yang menimpa selatan U.S dan Carribean, menjadikan ia lebih sukar untuk membuat penilaian kepada data-data. Walaubagaimanapun, kesan itu hanya bersifat jangka pendek dan ia juga berpotensi akan menjana ekonomi dengan usaha baik-pulih di kawasan-kawasan bencana.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat