Fed Evans Cakap Apa Ni Sampai USD Naik Tinggi Lagi?

564

Sentimen risk-off dalam pasaran terus menyaksikan dolar greenback kekal didagangkan menguat setelah meningkat ke paras ketinggian lapan minggu berbanding dagangan matawang utama.

Antara yang menjadi tumpuan dalam pasaran pada sesi sebelum ini adalah Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell yang memberi keterangan di hadapan Kongres yang menyatakan ekonomi AS kekal berdaya tahan dan sistem perbankan telah bertahan dengan baik ketika menghadapi krisis pandemik Covid-19.

Dalam pada itu, kenyataan hawkish Presiden Fed Chicago, Charles Evans sedikit sebanyak telah membantu menyokong pengukuhan US dolar untuk naik lebih tinggi.

Bercakap dalam pertemuan maya Form Institusi Monetari dan Kewangan Rasmi yang berpusat di London, Evans memberitahu bahawa ekonomi AS kini telah kembali ke 90% dari tahap pra pandemik dan Fed mungkin akan menaikkan kadar faedah sebelum sasaran inflasi 2% dicapai.

Dengan kenaikan US dolar minggu ini, ia telah mendorong matawang pound sterling, dolar Aussie dan Kanada ke paras terendah satu bulan sementara euro pula ke paras terendah dua bulan.

Seperti yang dijangkakan, matawang pound terus susut lebih rendah setelah Perdana Menteri UK Boris Johnson mengumumkan langkah sekatan baru yang dikuatkuasakan sehingga 6 bulan, di mana rakyat digalakkan untuk bekerja di rumah, mengenakan hukuman jika tidak memakai topeng atau berkumpul dalam kumpulan lebih daripada 6 orang.

Susulan daripada arahan penutupan pub, restoran dan perkhidmatan hospitaliti lain sebelum jam 10 malam, ia pastinya akan menjejaskan banyak perniagaan kecil yang boleh memaksa lebih banyak penutupan.

Sementara itu, euro juga didagangkan lemah ditekan oleh kebimbangan terhadap gelombang kedua Covid-19 di Eropah dan pengukuhan US dolar.

Penerbitan data PMI pembuatan dan perkhidmatan dari Zon Eropah dan UK pada hari ini bakal menjadi tumpuan utama pasaran yang pastinya akan mempengaruhi pergerakan matawang Eropah hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat