Fed Evans Zahirkan Rasa Bimbang Terhadap Kenaikan Kadar Berterusan! Data Tempahan Kekal Jadi Perhatian

218

Tempahan baharu untuk barangan modal buatan AS dilaporkan meningkat lebih daripada jangkaan pada Ogos, mencadangkan lantunan semula dalam perbelanjaan perniagaan bagi peralatan pada suku ketiga, walaupun beberapa kenaikan pesanan mencerminkan harga yang lebih tinggi.

Pesanan untuk barangan modal bukan pertahanan tidak termasuk pesawat, melonjak 1.3% bulan lepas, kata Jabatan Perdagangan pada hari Selasa. Pesanan barangan modal teras ini meningkat 0.7% pada bulan Julai. Namun begitu data ini tidak diselaraskan untuk inflasi.

Disisi lain, para ahli ekonomi malah meramalkan pesanan barangan modal teras meningkat 0.2%. Penghantaran barangan modal teras meningkat 0.3% selepas meningkat 0.6% pada bulan Julai. Penghantaran barang modal teras digunakan untuk mengira perbelanjaan peralatan dalam ukuran keluaran dalam negara kasar.

Data bulan ini membawa indikasi bahawa pengeluaran di kilang AS hampir tidak meningkat pada bulan Ogos di tengah-tengah pengetatan dasar monetari yang agresif Rizab Persekutuan untuk melawan inflasi.

Bank pusat A.S. pada minggu lalu menaikkan kadar faedah dasarnya sebanyak 75 mata asas, kenaikan ketiga berturut-turut pada saiz yang sama.

Disis lain, presiden Rizab Persekutuan Chicago Charles Evans berkata beliau berasa bimbang mengenai langkah bank pusat A.S. menaikkan kadar faedah terlalu cepat dalam usahanya untuk menangani inflasi yang lari.

Komen beliau dikeluarkan sejurus selepas sebilangan besar pegawai Fed berkata mereka akan terus mengutamakan usaha memerangi inflasi, yang kini menghampiri paras tertinggi sejak awal 1980-an.

Pegawai Fed juga menyatakan bahawa mereka akan meneruskan kadar kenaikan jauh melebihi julat semasa 3% hingga 3.25%.

 

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat