Fed Kaplan Sokong Kadar Faedah Rendah Namun Dengan Bersyarat!

248

Presiden Rizab Persekutuan Dallas, Robert Kaplan pada hari Isnin menyatakan bahawa ekonomi berkemungkinan memerlukan kadar faedah hampir sifar untuk dua setengah tahun atau tiga tahun akan datang. Namun beliau memperingatkan bahawa bank pusat Amerika Syarikat tidak seharusnya menghadkan institusi tersebut dengan kos pinjaman yang rendah selepas jangka waktu tersebut.

Beliau meramalkan bahwa menjelang 2023, pengangguran A.S. dijangka akan menurun kepada 4% atau 3.5%, daripada 8.4%. Walaubagaimanapun, beliau tidak memberi ulasan mengenai kadar faedah sifar pada ketika ini. Beliau lebih berpendapat penilaian tersebut adalah lebih baik diserahkan kepada jawatankuasa FOMC.

Ulasan Kaplan ini adalah ulasan pertama sejak beliau mengundi suara tidak setuju pada minggu lalu terhadap keputusan the Fed yang menjanjikan kadar faedah yang rendah sehingga inflasi mencapai matlamat bank pusat iaitu pada 2%.

Tamabah Kaplan, pengumuman janji The Fed tersebut telah memberi pengaruh ke atas pasaran kewangan terutamanya pada pasaran saham dimana harga saham telah jatuh sejak pengumuman tersebut. Beliau berpendapat bahawa pasaran belum benar-benar mencerna tentang janji kadar faedah rendah oleh The fed.

Akhir sekali Kaplan berpendapat bahawan ekonomi akan berkempang pada kadar tahunan 30% pada suku ini dan akan terus berkembang dengan kukuh pada tahun ini dan seterusnya dengan andaian langkah yang diterapkan mampu membendung penularan wabak Covid-19.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat