Fed Kashkari: Tiada Bukti Yang Menunjukkan Inflasi Akan Meningkat

51

Presiden Fed cawangan Minneapolis, Neel Kashkari dijadualkan berucap pada awal pagi jam Malaysia hari ini. Beliau berkata Federal Reserve tidak perlu menaikkan kadar faedah dalam masa yang terdekat berikutan tiada sebarang bukti yang menunjukkan data inflasi yang lemah ini akan pulih dalam masa terdekat.

“Apabila saya melihat pada ekonomi, saya tidak mendapati sebarang petanda yang ekonomi hampir kepada overheating.” jelas beliau. Overheating di sini bermaksud perkembangan aktiviti ekonomi yang disebabkan oleh inflasi yang tinggi akibat kapasiti pengeluaran tidak dapat memenuhi purata permintaan yang semakin meningkat.

“Saya tidak melihat inflasi bergerak laju sehingga memerlukan saya untuk menekan brek”, tambah beliau lagi dalam ucapannya di Universiti Dakota Utara.

Kashkari terkenal sebagai ahli Fed yang paling dovish dan tidak pernah bersetuju dengan kenaikan kadar bank pusat sebanyak dua kali tahun ini. Dalam ulasan yang lalu, beliau mengkritik kenaikan kadar yang menjadi punca kepada kelembapan inflasi dan menegaskan ianya membahayakan ekonomi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat